Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB bimbang 'jenayah kejam besar-besaran' di Myanmar sedang tentera dikerah ke utara

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) prihatin tentang berlakunya krisis hak asasi manusia yang lebih teruk di Myanmar di tengah-tengah laporan tentang puluhan ribu tentera bersiap siaga di bahagian utara negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB bimbang 'jenayah kejam besar-besaran' di Myanmar sedang tentera dikerah ke utara

(Gamabr: AFP)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 06:06PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 08:22PM

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) prihatin tentang berlakunya krisis hak asasi manusia yang lebih teruk di Myanmar di tengah-tengah laporan tentang puluhan ribu tentera bersiap siaga di bahagian utara negara itu.

Utusan Khas PBB ke Myanmar mendedahkan pasukan tentera itu memaksa 250,000 penduduk berpindah dan kebanyakan yang ditahan pula didera.

Utusan Khas PBB Tom Andrews memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi lebih banyak jenayah kejam besar-besaran yang akan berlaku.

Beliau menambah taktik diambil junta Myanmar sama seperti serangan pembunuhan kaum Rohingya di Wilayah Rakhine pada 2016 dan 2017.

Encik Andrews menggesa negara-negara untuk tidak memberi ketua junta Myanmar wang, senjata dan pengiktirafan yang diingini.

Sementara itu, junta Myanmar menolak keputusan ASEAN untuk tidak menyertakan ketuanya Min Aung Hlaing ke sidang puncak ASEAN pada minggu depan.

Tentera Myanmar menegaskan pihaknya mempunyai hak sepenuhnya dan adil untuk menyertai sidang puncak itu.

Dengan keputusan ASEAN itu, tentera Myanmar menyatakan negara itu berada dalam kedudukan untuk tidak menerima sebarang hasil perbincangan dan keputusan dibuat semasa mesyuarat berkenaan.

Tekanan antarabangsa semakin kuat ke atas ASEAN untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Myanmar.

Ini termasuk mengambil langkah bagi mengakhiri keganasan, membenarkan akses kemanusiaan dan memulakan dialog ^dengan pihak pembangkang.

PBB menyatakan lebih 1,000 orang dibunuh pasukan keselamatan Myanmar dan ribuan pula diberkas.

Pihak junta bagaimanapun membalas bahawa perangkaan itu dibesar-besarkan.

Sumber : AFP/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan