Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB bidas tindakan Israel haramkan 6 pertubuhan hak asasi Palestin

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membidas tindakan Israel pada Jumaat (22 Okt) mengharamkan enam pertubuhan hak asasi Palestin yang dianggap pertubuhan-pertubuhan pengganas.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB bidas tindakan Israel haramkan 6 pertubuhan hak asasi Palestin

Para penyokong perhimpunan warga Palestin di Peringatan Licoln, Washington, pada 29 Mei 2021. (Gambar: Jose Luis Magana/AP)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 08:47PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 08:48PM

TEL AVIV: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membidas tindakan Israel pada Jumaat (22 Okt) mengharamkan enam pertubuhan hak asasi Palestin yang dianggap pertubuhan-pertubuhan pengganas.

Israel menuduh kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai hubungan dengan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin, yang didakwa sayap bersenjata yang melakukan serangan terhadap Israel pada masa lalu.

Pasukan keselamatan Israel kini diberi kuasa untuk menutup pejabat kumpulan-kumpulan itu dan menangkap anggota mereka.

Dana atau sokongan yang diberikan secara terbuka untuk kegiatan mereka, juga dilarang.

Kumpulan yang diharamkan termasuk pertubuhan hak asasi manusia di Palestin, Addameer dan Al-Haq, yang mendokumentasi dakwaan pencabulan hak asasi di Tebing Barat yang dilakukan oleh Israel dan Penguasa Palestin yang disokong Barat.

Addameer dan sebuah lagi kumpulan yang dilarang itu, Defense for Children International - Palestin, menolak tuduhan terbabit dengan pertubuhan pengganas. Tindakan itu sebaliknya satu "percubaan untuk menghapuskan masyarakat awam Palestin."

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di wilayah Palestin menyuarakan "kebimbangkannya" tentang pengumuman itu.

"Undang-undang antipengganasan tidak boleh digunakan untuk mengekang kerja-kerja kemanusiaan dan hak asasi manusia yang sah," katanya, sambil menambah bahawa beberapa alasan yang diberikan nampaknya tidak jelas atau tidak relevan.

Sekutu Israel, Amerika Syarikat tidak diberi amaran awal mengenai langkah tersebut dan akan menghubungi Israel untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai alasan bagi label pengganas itu, kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price kepada wartawan.

"Kami percaya bahawa rasa hormat terhadap hak asasi manusia, kebebasan asas dan masyarakat awam yang kuat sangat penting bagi pentadbiran yang bertanggungjawab dan responsif," katanya. 

Sumber : Agensi berita/Reuters/MM/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan