PBB beri amaran tindakan Israel terhadap UNRWA berisiko jejas khidmat asas jutaan pelarian Palestin
Anggaran Waktu Membaca:
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Selasa (30 Dis) bahawa tindakan terbaharu Israel terhadap agensi PBB bagi pelarian Palestin berisiko menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan perkhidmatan asas seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.
- Parlimen Israel meluluskan undang-undang baharu pada Isnin yang secara rasmi melucutkan kekebalan diplomatik Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), serta melarang syarikat Israel daripada membekalkan air atau elektrik kepada institusi agensi itu.
- Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, mengecam undang-undang tersebut sebagai “melampau”, sambil menyifatkannya di media sosial sebagai “sebahagian daripada kempen berterusan yang sistematik untuk memburuk-burukkan UNRWA dan seterusnya menghalang peranan teras yang dimainkan oleh agensi itu dalam menyediakan bantuan pembangunan manusia dan perkhidmatan kepada pelarian Palestin”.
- Israel meningkatkan tekanan terhadap UNRWA sejak dua tahun lalu. Israel menuduh agensi itu melindungi anggota Hamas, dengan mendakwa bahawa beberapa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan kumpulan itu ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan perang di Gaza.
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Selasa (30 Dis) bahawa tindakan terbaharu Israel terhadap agensi PBB bagi pelarian Palestin berisiko menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan perkhidmatan asas seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Parlimen Israel meluluskan undang-undang baharu pada Isnin yang secara rasmi melucutkan kekebalan diplomatik Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), serta melarang syarikat Israel daripada membekalkan air atau elektrik kepada institusi agensi itu.
Menurut UNRWA, undang-undang tersebut juga memberikan pemerintah Israel kuasa untuk merampas harta milik agensi itu di Baitulmakdis Timur, termasuk ibu pejabat dan pusat latihan vokasional utamanya.
Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, mengecam undang-undang tersebut sebagai “melampau”, sambil menyifatkannya di media sosial sebagai “sebahagian daripada kempen berterusan yang sistematik untuk memburuk-burukkan UNRWA dan seterusnya menghalang peranan teras yang dimainkan oleh agensi itu dalam menyediakan bantuan pembangunan manusia dan perkhidmatan kepada pelarian Palestin”.
Filippo Grandi, ketua agensi pelarian PBB UNHCR yang bakal bersara dan mantan ketua UNRWA, turut mengkritik langkah itu sebagai “amat dikesali”.
Dalam temu bual dengan AFP, beliau menekankan bahawa UNRWA, tidak seperti agensi PBB lain, menyediakan perkhidmatan awam asas seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan kepada berjuta-juta pelarian Palestin berdaftar di Gaza dan Tebing Barat, serta di Lubnan, Jordan dan Syria.
“Jika anda melucutkan perkhidmatan tersebut daripada mereka… maka anda seharusnya mencari pengganti,” katanya, sambil menyatakan: “Saya rasa ia akan menjadi sangat sukar.”
“Pada masa ini, terdapat risiko besar bahawa berjuta-juta orang akan kehilangan perkhidmatan asas sekiranya UNRWA terus dinafikan ruang dan sumber untuk beroperasi.”
Israel meningkatkan tekanan terhadap UNRWA sejak dua tahun lalu.

Israel menuduh agensi itu melindungi anggota Hamas, dengan mendakwa bahawa beberapa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan kumpulan itu ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan perang di Gaza.
Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.