Skip to main content

Dunia

PBB beri amaran penduduk Gaza masih berdepan krisis kemanusiaan kompleks

Penduduk Palestin di Carikan Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang kompleks walaupun terdapat beberapa kemajuan dalam kemasukan bekalan makanan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Anggaran Waktu Membaca:
PBB beri amaran penduduk Gaza masih berdepan krisis kemanusiaan kompleks

Penduduk Palestin di Carikan Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang kompleks walaupun terdapat beberapa kemajuan dalam kemasukan bekalan makanan. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 01 Oct 2026 01:46PM
UN warns that Gaza residents are still facing a complex humanitarian crisis
  • Palestinians in Gaza are still facing a serious humanitarian crisis despite improved food access, with problems involving water, sanitation, shelter and waste continuing.
  • Ramez Alakbarov said the UN is supporting the water, health and education sectors, rubble clearance and farmers, while UNRWA is still operating despite restrictions imposed on it.
  • More than 300,000 children in Gaza are studying in temporary spaces, farmland is becoming increasingly limited, and more than 8,000 people are still reported missing under the rubble.
  • In the West Bank, the UN is providing grants, cash assistance and legal support as tensions rise, while stressing that a two-state solution is the only option.
Dijana oleh AI
RAMALLAH: Penduduk Palestin di Carikan Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang kompleks walaupun terdapat beberapa kemajuan dalam kemasukan bekalan makanan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Pemangku Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Proses Damai Timur Tengah dan Penyelaras Kemanusiaan PBB bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, Ramez Alakbarov berkata, masalah berkaitan bekalan air, sanitasi, tempat perlindungan dan pengurusan sisa masih berlarutan.

Beliau berkata, kebergantungan terhadap bantuan dan bantuan tunai kekal tinggi berikutan pasaran buruh yang masih belum pulih.

Dalam satu temu bual dengan media, Encik Alakbarov berkata, PBB terus memberikan sokongan dalam bidang bekalan air dan sanitasi, kesihatan, pembersihan runtuhan, pendidikan serta bantuan kepada para petani di Gaza.

Lebih 300,000 kanak-kanak di Gaza kini menerima pendidikan di ruang pembelajaran sementara manakala hanya sebahagian kecil tanah masih tersedia untuk aktiviti pertanian.

Beliau berkata, Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Tengah (UNRWA) terus beroperasi di Gaza walaupun berdepan sekatan yang dikenakan terhadapnya, sambil menegaskan yang lebih 8,000 orang masih dilaporkan hilang di bawah runtuhan di seluruh Carikan Gaza.

Encik Alakbarov berkata, penduduk Gaza meluahkan hasrat mereka untuk tidak menghabiskan satu lagi musim sejuk di dalam khemah, sebaliknya mahu kembali ke sekolah dan tempat kerja, menyumbang kepada usaha membina semula komuniti mereka serta memulihkan perkhidmatan air, sanitasi dan elektrik.

Di Tebing Barat, penyelaras PBB itu menyifatkan keadaan sebagai “amat tegang” menyusuli peluasan petempatan yang berterusan, keganasan peneroka, sekatan pergerakan dan tekanan ekonomi.

Beliau berkata, PBB menyediakan geran, bantuan tunai serta sokongan undang-undang kepada keluarga dan masyarakat yang terjejas.

Dari sudut politik, Encik Alakbarov menegaskan, penyelesaian dua negara merupakan satu-satunya pilihan, selain menekankan keperluan menangani isu Palestin secara menyeluruh, membina semula kepercayaan, menamatkan hasutan keganasan serta menyokong kesatuan institusi Palestin.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita