Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB beri amaran masa semakin suntuk untuk selamatkan Perjanjian Paris 2015

Pakar-pakar cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk menyelamatkan Perjanjian Paris 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Sep 2018 07:42PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 10:16PM

BANGKOK: Pakar-pakar cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk menyelamatkan Perjanjian Paris 2015.

Perjanjian tersebut bertujuan menangani kesan perubahan iklim yang sedang berlaku di merata dunia.

Wakil dari lebih 190 buah negara sekarang berada di Bangkok bagi menyiapkan syarat-syarat perjanjian tersebut. Bagaimanapun, persidangan enam hari itu semakin tegang dengan isu kewangan menjadi pertikaian utama.

Tekanan semakin memuncak ke atas negara-negara maju agar menanggung beban kewangan lebih tinggi.

PBB memberi amaran, negara-negara miskin yang paling terjejas dan akan menanggung kesan besar perubahan iklim yang semakin buruk.

Jika persetujuan tidak dicapai menjelang sidang di Poland pada Disember ini, Perjanjian Paris itu mungkin berisiko gagal dilaksanakan.

Di bawah perjanjian tersebut, mulai 2020 AS$100 bilion (S$138 bilion) sepatutnya disalurkan kepada negara-negara miskin yang sering dilanda banjir, gelombang panas dan ribut akibat perubahan iklim.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan