Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB beri amaran lebih banyak cuaca ekstrem selepas catat dekad paling panas dalam sejarah

Dekad yang lalu merupakan yang paling panas pernah dicatatkan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (15 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
PBB beri amaran lebih banyak cuaca ekstrem selepas catat dekad paling panas dalam sejarah

Data Amerika Syarikat menunjukkan ais terus mencair pada tahun 2019. (Gambar: Mario Hoppman/AFP)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 11:16AM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 11:17AM

GENEVA: Dekad yang lalu merupakan yang paling panas pernah dicatatkan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam (15 Jan). Ia turut memberi amaran bahawa suhu lebih tinggi diramal akan menyebabkan beberapa kejadian cuaca yang keterlaluan tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) pula menyatakan kenaikan suhu global sudahpun membawa kesan yang buruk sambil merujuk kepada “ais yang kian cair, paras laut yang kian meningkat, suhu dan pengasidan lautan yang semakin meningkat serta cuaca ekstrem”.

“Tahun 2020 membawa bersamanya beban yang ditinggalkan 2019 – dengan kesan cuaca buruk dan bencana berhubung iklim,” kata Ketua WMO Petteri Taalas dalam kenyataannya.

“Malangnya, kami menjangkakan keadaan cuaca lebih dahsyat sepanjang 2020 dan dekad akan datang yang dirangsang oleh peningkatan pada gas rumah hijau di atmosfera yang menyebabkan bahang sedemikian,” kata Encik Taalas.

Menurut PBB tahun lalu, pengeluaran gas rumah hijau harus dikurangkan 7.6 peratus setiap tahun sehingga 2030 untuk menghadkan kenaikan suhu kepada 1.5 darjah Selsius.

Namun, buat masa ini, perjanjian-perjanjian sedia ada tidak mencukupi. Sebaliknya, suhu bumi akan meningkat beberapa darjah Selsius menjelang hujung abad ini.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan