Skip to main content

Dunia

PBB bakal bincang isu sisa buangan plastik di persidangan Paris

Anggaran Waktu Membaca:
PBB bakal bincang isu sisa buangan plastik di persidangan Paris

Botol-botol plastik mencemari pantai. (Gambar: iStock)

PARIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi rundingan mengenai perjanjian global untuk mengekang pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan plastik menjelang 2040, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Sesi rundingan selama lima hari itu akan berlangsung di ibu pejabat UNESCO di Paris bermula Isnin (5 Jun).

Menjelang 2024, PBB menyasarkan untuk merangka konvensyen dengan peraturan dan langkah yang meliputi keseluruhan kitaran hayat plastik.

Bagaimanapun, kumpulan alam sekitar, industri plastik dan negara pengeluar minyak mempunyai matlamat yang berbeza-beza berhubung berhubung peraturan itu. 

Meskipun pencinta alam sekitar menuntut penamatan zaman plastik, industri kimia sebaliknya mahukan lebih banyak kitar semula dan tumpuan kepada inovasi teknikal.

Mesyuarat itu adalah yang kedua daripada lima pusingan rundingan antara kerajaan untuk mencari kata sepakat mengenai isu tersebut.

Negara-negara anggota PBB serta pertubuhan bukan pemerintah, saintis dan kesatuan sekerja akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita