Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB anggar lebih 6.2 juta penduduk Sri Lanka bakal hadapi krisis makanan

Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka berdepan masalah kekurangan makanan dan keadaan dijangka bertambah buruk melainkan ia ditangani dengan bantuan sosial serta mekanisme sokongan sara hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB anggar lebih 6.2 juta penduduk Sri Lanka bakal hadapi krisis makanan

(Gambar: AFP/Ishara S KODIKARA)

MOSKO: Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka berdepan masalah kekurangan makanan dan keadaan dijangka bertambah buruk melainkan ia ditangani dengan bantuan sosial serta mekanisme sokongan sara hidup.

"Lebih 6.2 juta orang di Sri Lanka (28 peratus daripada penduduk) dianggarkan berdepan masalah kekurangan makanan manakala 66,000 orang lagi mengalami krisis makanan yang teruk," menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) serta Program Makanan Sedunia (WFP) pada Isnin (12 Sep) dalam laporan yang dikeluarkan bersama.

Kenyataan tersebut turut mendedahkan bahawa isu keselamatan makanan di negara itu "mungkin terus merosot didorong oleh kekurangan barangan import, kenaikan harga barangan, masalah peluang pekerjaan dan hasil tanaman yang berkurangan", lapor Sputnik.

PBB menjangkakan keadaan di Sri Lanka mungkin bertambah buruk pada Oktober 2022 hingga Februari 2023.

Pemerintah dan rakan kongsi harus menyediakan sokongan kepada rakyat melalui program bantuan makanan serta program sara hidup, menurut laporan itu.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi paling teruk sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada British pada 1948.

Situasi itu berpunca daripada kekurangan mata wang asing dan jumlah ketibaan pelancong asing yang merosot akibat pandemik COVID-19.

Pandemik itu juga memberi kesan negatif terhadap kiriman wang daripada warga Sri Lanka yang bekerja di luar negara.

Negara itu turut berdepan isu kekurangan makanan dan keperluan asas yang teruk, termasuk bahan api dan gas.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan