PBB akan keluarkan nama M'sia daripada senarai Statut ROM setelah prosedur lengkap
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia dari senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.
(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia dari senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini (8 Mei) memaklumkan kerajaan sudah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB, selaku depositori bagi perjanjian tersebut, pada 29 April lepas.
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sudah mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rom ICC pada 5 April lepas.
Isu itu juga sudah disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Rakyat yang berlangsung pada 30 April lepas yang mana persoalan mengenai perkara itu sudah dijawab Timbalan Menteri Luar Negeri, Encik Marzuki Yahaya," menurut kenyataan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.