PBB adakan sidang mengenai Korea Utara pada Isnin
Anggaran Waktu Membaca:

Logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (Gambar: AFP/Ludovic Marin)
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bersidang pada Isnin (21 Nov) atas permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk membincangkan soal Korea Utara.
AS menyatakan Majlis Keselamatan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi keamanan dan keselamatan sejagat, mencegah penularan senjata serta melaksanakan semua ketetapannya.
“Kami menggesa semua anggota Majlis Keselamatan untuk mengambil tanggungjawab ini dengan serius dan bersatu dalam mengutuk tingkah laku berbahaya dan menyalahi undang-undang DPRK,” menurut kenyataan wakil PBB dari Amerika Syarikat.
Seorang pegawai kanan pentadbiran A.S. berkata sebelum ini bahawa ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara pada hari Jumaat adalah sesuatu yang "boleh menjejas banyak negara."
Pegawai itu berkata Washington sentiasa berhubung dengan China, yang bersama-sama Rusia menghalang usaha AS baru-baru ini untuk mengekang sekatan PBB ke atas Korea Utara berhubung ujian peluru berpandunya.

Sumber : Reuters/MU/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.