Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Paypal berdaftar dengan peraturan pelesenan Indonesia, akses tidak disekat

Anggaran Waktu Membaca:
Paypal berdaftar dengan peraturan pelesenan Indonesia, akses tidak disekat

Gambar: Justin Sullivan / Getty Images North America / Getty Images melalui AFP

JAKARTA: Syarikat pembayaran Amerika Syarikat (AS), Paypal berdaftar sebagai sistem pengendali elektronik di Indonesia dan pelangganya mempunyai akses kepada khidmat-khidmat, kata syarikat itu pada Rabu (3 Ogos).

Paypal merupakan salah satu daripada beberapa lelaman yang dikenakan sekatan sebelum ini kerana kegagalannya mematuhi peraturan pelesenan baru.

Syarikat-syarikat diberi tempoh sehingga Julai untuk berdaftar di bawah peraturan baru yang akan membenarkan pihak berkuasa memaksa pengguna tertentu menyerahkan data dan memuat turun kandungan yang dianggap menyalahi undang-undang atau yang "menganggu ketenteraman awam" dalam tempoh empat jam sekiranya terdesak, dan 24 jam jika tidak.

Menteri Komunikasi Indonesia, Encik Johnny G. Plate menggesa orang ramai untuk menghindari daripada menggunakan khidmat tidak berdaftar "untuk mengurangkan kerugian yang mungkin ditanggung, jika...kegiatan secara haram berlaku dalam perkhidmatan privet."

Kementerian komunikasi juga menyatakan bahawa akses kepada khidmat pencarian Yahoo dan syarikat permainan video Valve Corporation tidak lagi disekat, termasuk Steam dan Dota 2, pada Selasa (2 Ogos) selepas ia disekat pada Sabtu (30 Jul).

Undang-undang pelesenan baru itu mengundang kontroversi sedang para aktivis dan orang awam bimbang sekiranya pemerintah mengawal kandungan media sosial.

Meskipun undang-undang pelesenan itu mula-mula diperkenalkan pada 2020, syarikat seperti Meta Platforms Inc dan unit-unitnya - termasuk Instagram dan Whatsapp - juga Google, yang diterajui Alphabet Inc, berdaftar hanya beberapa jam atau hari sebelum hujung Julai. Spotify, Netflix dan Tiktok, yang dikelola ByteDance, juga sudah berdaftar.

Dengan bilangan penduduk muda dan celik teknologi seramai 270 juta, Indonesia berada di tangga 10 terunggul dalam pasaran dari segi jumlah pengguna bagi kebanyakan syarikat media sosial.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan