Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS patut cermin diri sendiri, kata China selepas ucapan Mike Pence

Beijing mengutuk dan menentang keras ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence yang menuduh China membendung hak dan kebebasan penduduk Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
AS patut cermin diri sendiri, kata China selepas ucapan Mike Pence

Naib Presiden Amerika, Mike Pence. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 08:30PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 08:31PM

WASHINGTON: Beijing mengutuk dan menentang keras ucapan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence yang menuduh China membendung hak dan kebebasan penduduk Hong Kong.

Dalam taklimat mingguannya, jurucakap Kementerian Luar China berkata Amerika sepatutnya mencermin diri sendiri dan tangani masalah-masalah dalamannya seperti keganasan senjata api.

Dalam ucapan yang penuh kritikan di Wilson Center pada Khamis (24 Okt), Encik Pence antara lain membidas dasar-dasar hak asasi dan tindakan ekonomi China.

Encik Pence mengisytiharkan sokongan kepada para aktivis demokrasi di Hong Kong.

Beliau juga memberi amaran bahawa kedua-dua negara akan menghadapi kesulitan mencapai perjanjian perdagangan sekiranya China menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan Hong Kong.

Sehubungan dengan itu, Encik Pence membidas Persatuan Bola Keranjang Nasional Amerika (NBA) dan syarikat barangan sukan, Nike, kerana didakwa tunduk kepada pemerintah China dan menyekat kebebasan bersuara.

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan