Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan Warden Lalu Lintas antara inisiatif baru tangani kesesakan di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Trafik di bandar raya ini akan lebih lancar menerusi kawalan Warden Lalu Lintas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Datuk Bandar Mohd Noorazam Osman berkata, seramai 145 pegawai dan anggota dilantik sebagai warden trafik itu di bawah Subseksyen 3 (4B) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan nama mereka diwartakan pada 23 Disember 2021, lapor Harian Metro. 

"Pelantikan warden trafik ini merupakan inisiatif baru sebagai nilai tambah dalam memastikan aliran lalu lintas bandar raya Johor Bahru berada dalam keadaan lancar dan terkawal.

"Antara aspek dan elemen yang dititikberatkan kepada warden trafik semasa menjalankan tugasan ialah penggunaan teknologi secara menyeluruh iaitu 'Smart Warden Traffic'," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh MBJB di Johor Bahru pada Isnin (29 Ogos). 

Menurut Encik Mohd Noorazam, kesemua warden trafik itu menjalani Kursus Asas Trafik Warden Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor pada 15 Ogos sehingga 17 Ogos lalu, selain latihan di lapangan.

Katanya, seperti dinukil Harian Metro, mereka akan membantu polis mengawal aliran trafik bermula pukul 7.00 pagi hingga pukul 10.00 malam, dengan masing-masing dibekal kamera badan bagi mencatat kesalahan pengguna jalan raya dan sebagai bukti sekiranya terdapat provokasi dan ancaman keselamatan.

"Selain itu, peranti bagi pengeluaran kompaun telah pun diintegrasikan dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengesahkan maklumat pemilik kenderaan, juga dilengkapi GPS tracker," katanya, seperti dipetik Harian Metro. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan