Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan tentera Sepanyol dikerah bersihkan lapangan terbang Madrid diselaputi salji tebal

Sepanyol mengerahkan pasukan tentera untuk membantu membersihkan lapangan terbang antarabangsa Madrid yang ditutup akibat ribut salji teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan tentera Sepanyol dikerah bersihkan lapangan terbang Madrid diselaputi salji tebal

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Jan 2021 08:34PM Dikemas Kini : 10 Jan 2021 08:36PM

MADRID: Sepanyol mengerahkan pasukan tentera untuk membantu membersihkan lapangan terbang antarabangsa Madrid yang ditutup akibat ribut salji teruk.

Sekurang-kurangnya empat orang mati apabila salji tebal menyelimuti sebahagian besar Sepanyol sejak semalam (9 Jan).

Selain lapangan terbang, stesen-stesen kereta api terpaksa ditutup sementara ribuan pemandu terperangkap dalam kereta mereka di lebuh raya.

Agensi cuaca negara itu melaporkan ibu kota Madrid ditimbuni salji yang mencapai paras yang tidak pernah dicatat dalam setengah abad. 

Sumber : Agensi berita/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan