Skip to main content

Dunia

Pasukan tentera dakwa selesai pindah ribuan orang dari kubu terakhir ISIS hujung minggu ini

Pasukan tentera yang dipimpin kaum Kurdi di Syria mendakwa akan selesai memindahkan ribuan orang awam dari kubu terakhir ISIS pada hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Feb 2019 07:13PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 09:42PM

BAGHOUZ, SYRIA: Pasukan tentera yang dipimpin kaum Kurdi di Syria mendakwa akan selesai memindahkan ribuan orang awam dari kubu terakhir ISIS pada hujung minggu ini.

Keputusan Rumah Putih untuk mengekalkan kira-kira 400 askar Amerika di Syria juga dialu-alukan.

Pemindahan semua orang awam daripada perkampungan Baghouz, dekat sempadan Syria dengan Iraq perlu diselesaikan sebelum operasi menyingkirkan saki baki para anggota ISIS dilancarkan kelak.

Menamatkan penguasaan ISIS akan merubah peperangan di Syria ke fasa baru.

Pada kemuncaknya empat tahun lalu, ISIS menguasai sekitar 30 peratus wilayah Iraq dan Syria.

Tetapi kini hanya tinggal perkampungan Baghouz.

Perkembangan tersebut berlaku ketika Rumah Putih merubah rancangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengundurkan kesemua 2,000 askar Amerika dari Syria.

Kini, Amerika akan mengekalkan 400 askar sebagai pasukan pengaman di Syria.

Meskipun kejatuhan kubu kuat terakhir ISIS di Baghouz akan menandakan kemenangan ke atas kumpulan pengganas itu, ISIS masih dilihat sebagai satu ancaman keselamatan di merata dunia dan menguasai beberapa kawasan pendalaman ke barat Sungai Euphrates. 

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita