Pasukan saintis Britain mula uji vaksin COVID-19 ke atas manusia
Para ahli sains di Britain pada Khamis (23 Apr) mula menjalankan ujian bagi vaksin COVID-19 terhadap manusia iaitu yang pertama kalinya.

Gambar fail jarum suntikan (Gambar: AFP/Schneyder Mendoza)
OXFORD: Para ahli sains di Britain pada Khamis (23 Apr) mula menjalankan ujian bagi vaksin COVID-19 terhadap manusia iaitu yang pertama kalinya.
Dua sukarelawan menjadi orang-orang pertama di dunia mendapat suntikan vaksin yang dihasilkan oleh pasukan saintis Universiti Oxford itu.
Ujian tersebut akan dilakukan sekurang-kurangnya setahun tetapi hasilnya akan diketahui dalam masa beberapa bulan akan datang.
Ketua pasukan itu, Profesor Andrew Pollard dari jabatan Jangkitan dan Imuniti Pedriatrik, berkata beliau berasa amat yakin vaksin tersebut akan berjaya.
Secara keseluruhannya kira-kira 100 vaksin COVID-19 sedang dicipta oleh pelbagai kumpulan di merata dunia.
Mengulas tentang ujian vaksin-vaksin lain, Profesor Pollard menekankan bahawa para saintis "tidak bersaing antara satu sama lain, (sebaliknya) mengejar masa cuba melawan virus pandemik."
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.