Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan Rusia musnahkan stesen komunikasi Starlink dekat Bakhmut

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Rusia musnahkan stesen komunikasi Starlink dekat Bakhmut

Kenderaan tentera membawa askar Ukraine menuju ke barisan hadapan berdekatan Bakhmut, wilayah Donetsk, pada 11 Mac 2023 di tengah-tengah pencerobohan Rusia di Ukraine. (Gambar: Sergey SHESTAK / AFP)

MOSKO: Tentera Rusia telah memusnahkan stesen komunikasi satelit Starlink Ukraine dan pusat kawalan dron berhampiran Bakhmut, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia kepada Sputnik.

"... artileri kumpulan itu (pasukan Rusia) memusnahkan stesen komunikasi Starlink, pusat kawalan bagi pesawat tanpa pemandu bersama dengan dron Leleka-100, pusat komunikasi dan trak pikap," menurut jurucakap itu.

Selain itu, tentera Rusia telah menangkis serangan kumpulan penyerang Ukraine berhampiran perkampungan Berkhivka di kawasan Bakhmut.

Sementara itu, amaran serangan udara di beberapa wilayah di Ukraine dikeluarkan lewat Sabtu (1 Jul) malam, menurut data Kementerian Transformasi Digital Ukraine.

Bunyi siren turut dibunyikan di wilayah Dnipropetrovsk, Kirovohrad, Mykolaiv dan bahagian Zaporizhzhia dan Kherson yang dikuasai Kyiv.

Media Ukraine melaporkan bahawa letupan kedengaran di wilayah Mykolaiv dan di bandar Zaporizhzhia yang dikawal Ukraine.

Serangan terhadap prasarana Ukraine telah berlanjutan sejak 10 Oktober (dua hari selepas serangan pengganas di Jambatan Crimea).
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan