Skip to main content

Dunia

Pasukan polo air SG yakin dapat rebut kembali pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 May 2023 07:27PM Dikemas Kini : 02 May 2023 08:49PM
SINGAPURA: Jurulatih sukan polo air Singapura menyuarakan tahap keyakinan 100 peratus berhubung peluang anak buahnya untuk merampas kembali pingat emas di Sukan SEA Kemboja.

Pada 2019, pasukan lelaki Singapura gagal meraih emas.

Ia sebelum itu membawa pulang pingat emas 27 kali berturut-turut.

Pada Sukan SEA 2022 di Hanoi, acara tersebut tidak dipertandingkan.

Rekod tidak pernah kalah selama 52 tahun pasukan Singapura itu terlerai apabila ia tumpas secara mengejut di tangan pasukan Indonesia pada 2019.

Ketua jurulatih polo air kebangsaan, Ken Aoyagi, berkata, pada 2019, anggota pasukan negara adalah "sangat muda".

Ia kini berazam menebus kekalahan tersebut, walaupun akur bahawa pasukan seperti Thailand dan Indonesia semakin kuat.

"Kita kini mempunyai lebih ramai pemain berpengalaman, dan umur purata pasukan telah meningkat lima tahun. Jadi kita ada pemain berpengalaman, juga beberapa pemain muda. Maka itu saya rasa pasukan negara kini ada keseimbangan yang baik," ujar Encik Aoyagi.

Selain Sukan SEA Kemboja, pasukan kebangsaan itu juga menetap matlamat ingin menduduki lima tangga teratas dalam Sukan Asia pada September ini.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita