Pasukan Petugas Kebangsaan M'sia bubar secara rasmi pada 31 Disember
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Setelah lebih dua tahun berbakti dan menyumbang kejayaan dalam menjalankan kawalan sempadan negara, Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) yang melibatkan gabungan 18 agensi keselamatan dibubarkan secara rasmi mulai 31 Disember ini.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Affendi Buang berkata selaras dengan itu, Op Benteng yang dilaksanakan sejak Mei 2020 hingga 26 Disember lalu bagi mengekang risiko penularan wabak COVID-19 ke Malaysia menerusi pencerobohan pendatang tanpa izin, juga ditamatkan.
“Sepanjang pelaksanaan Op Benteng, NTF telah berjaya melakukan tugas dengan cemerlang dan mencapai objektif yang telah diamanahkan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penghargaan Perkhidmatan Operasi Benteng 2020-2022 di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, di Kuala Lumpur pada Rabu (28 Dis)yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani.
Hadir sama Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Mohd Daud dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Mohd Zubil Mat Som.
Menurutnya keputusan dan pelaburan kerajaan dalam mewujudkan NTF bukan sahaja dapat mengawal kemasukan pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan, malah berjaya menggabungkan begitu banyak cabang agensi penguatkuasaan dan keselamatan dalam kerajaan.
“Ini telah mengukuhkan lagi keperluan untuk agensi kerajaan bersatu dalam konsep ‘Whole of Government’ iaitu menggembleng keseluruhan jentera kerajaan dalam mengatasi cabaran pada masa depan.
Kesepaduan ketiga-tiga komponen darat, laut dan udara di bawah NTF juga berjaya membuktikan kecekapan anggota keselamatan dan penguatkuasaan yang cemerlang serta keutuhan integrasi sistem komunikasi yang diamalkan di lapangan,” katanya.
Pada masa yang sama, walaupun NTF akan dibubarkan, namun agenda pemerkasaan kawalan sempadan negara akan diteruskan melalui mekanisme sedia ada di bawah kerangka Majlis Keselamatan Negara.
Menurutnya pengoperasian NTF perlu dijadikan pelan tindakan sebagai rujukan pada masa akan datang dan perlu ditambah baik bagi operasi kawalan sempadan negara.
“Saya percaya bahawa kita semua sebulat suara dalam meyakinkan pihak yang bertanggungjawab untuk mengguna pakai model NTF di samping mengambil semangat yang dibawanya dalam meneruskan agenda pemerkasaan kawalan keselamatan sempadan negara.
Ini kerana ia sudahpun diuji dan dicuba untuk satu tempoh yang lama (lebih dua tahun) serta sering dikemas kini dari masa ke masa bagi memastikan ianya kekal relevan serta dapat memberikan impak yang efektif dan efisien,” katanya.
Beliau berpendapat pendekatan “Whole of Government and Whole of Society (WoGos)” yang diguna pakai selama ini merupakan formula terbaik yang boleh dijadikan rujukan penting untuk memastikan keselamatan nasional sentiasa terpelihara.
“Dokumentasi dan perekodan harus dilakukan dengan menyeluruh demi memastikan ia terpelihara dan sebaiknya turut diuar-uarkan untuk pengetahuan jabatan-jabatan kerajaan lain khususnya.
Hanya dengan cara ini, mesej keberkesanan WoGoS akan dapat dikongsi serta lebih pentingnya, jika keadaan seperti pandemik menyerang semula, negara akan lebih bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.