Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan penyiasat bakal namakan suspek tambahan bagi kes MH17

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyiasat bakal namakan suspek tambahan bagi kes MH17

(Gambar fail: Pool/AFP/Peter Dejong)

THE HAGUE: Pasukan penyiasat antarabangsa bagi insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh, dijangka membentangkan hasil siasatan baru mereka.

Ini termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan dalam kejadian tersebut.

Pada November lalu, mahkamah Belanda mensabitkan dua bekas egen risikan Rusia dan pemimpin pemisah Ukraine atas kesalahan membunuh.

Mereka didakwa menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal dengan menggunakan sistem peluru berpandu milik Rusia.

Ketiga-tiga suspek dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan kekal bebas sehingga kini.

Pasukan penyiasat sehingga kini meneruskan proses pengumpulan bukti berkaitan kemusnahan pesawat tersebut.

Ini akan membolehkan mereka menentukan sama ada wujud penglibatan pemimpin politik atau pegawai tentera tinggi untuk meluluskan penggunaan peluru berpandu tersebut.

Selepas itu terserah kepada pasukan pendakwa raya untuk mengemukakan dakwaan tambahan.

Rusia sehingga kini menafikan ia bertanggungjawab dalam insiden itu.

Pesawat malang itu ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.

Ia menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda maut.
 
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan