Pasukan penyelamat Thailand pergiat usaha cari mangsa banjir
Pasukan penyelamat di Thailand mempergiat usaha mencari para penduduk yang terperangkap dalam banjir.
BANGKOK: Pasukan penyelamat di Thailand mempergiat usaha mencari para penduduk yang terperangkap dalam banjir.
Banjir itu sudah berlaku selama seminggu sejak ribut Dianmu melanda hujung minggu lalu.
Sekurang-kurangnya 200,000 isi rumah di 30 wilayah terjejas.
Wilayah Chaiyaphum yang terletak sejauh 5 jam perjalanan dari Bangkok adalah antara kawasan paling teruk terjejas.
Pasukan-pasukan penyelamat amat prihatin dengan warga tua di sini.
Mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak meminta bantuan dan mungkin tidak berdaya menaiki bot.
Para penyelamat juga melakukan rondaan untuk menghantar bantuan kemanusiaan termasuk air minum dan makanan.
Para penduduk Chaiyaphum pernah dua kali dilanda banjir.
Namun menurut mereka banjir kali ini adalah yang paling teruk.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.