Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan penyelamat perhebat usaha cari mangsa hidup susuli puting beliung di Tennessee

Sehari selepas bencana puting beliung meragut 24 jiwa di Tennessee, pasukan penyelamat pada Rabu (4 Mac) menumpukan usaha mencari mangsa yang mungkin tertimbus dalam runtuhan bangunan di bahagian utara-tengah negeri itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelamat perhebat usaha cari mangsa hidup susuli puting beliung di Tennessee

Seramai 24 orang terkorban termasuk lima kanak-kanak dan 13 dewasa dek puting beliung di Putnam County, kira-kira 130 kilometer dari timur Nashville. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 05 Mar 2020 11:11AM Dikemas Kini : 05 Mar 2020 11:13AM

NASHVILLE: Sehari selepas bencana puting beliung meragut 24 jiwa di Tennessee, pasukan penyelamat pada Rabu (4 Mac) menumpukan usaha mencari mangsa yang mungkin tertimbus dalam runtuhan bangunan di bahagian utara-tengah negeri itu.

Setakat ini, angka korban adalah 24 termasuk lima kanak-kanak dan 13 dewasa di Putnam County, kira-kira 130 kilometer dari timur Nashville. Sementara itu, lagi 22 orang dilaporkan hilang di daerah itu di mana rentetan puting beliung meninggalkan kesan kemusnahan pada awal Selasa, menurut para pegawai semasa taklimat berita.

Datuk Bandar Putnam County, Randy Porter, berkata: "Kami prihatin kerana mungkin ada lagi mangsa yang masih berada di kawasan itu. Mungkin ada lagi orang yang terperangkap".

Syerif Putnam County, Eddie Farris, berkata seramai enam anggota sukarelawan dan pasukan penyelamat giat mengesan mangsa menggunakan kaedah ‘grid’.

Sementara itu, Datuk Bandar Nashville John Cooper berkata tiada mangsa yang dilaporkan hilang dan sekitar 90 penduduk terpaksa bermalam di pusat perlindungan.

Sekitar 40,000 rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik pada Rabu, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Tennessee dalam amarannya.

Rumah Putih menyatakan Presiden Donald Trump akan melawat kawasan-kawasan yang terjejas pada Jumaat (6 Mac).  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan