Pasukan penyelamat Korea Selatan temui mayat ketiga selepas stesen jana kuasa runtuh
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Para pegawai pasukan penyelamat Korea Selatan mengeluarkan mayat ketiga dari runtuhan struktur besar di sebuah stesen jana kuasa, lapor media tempatan pada Ahad (9 Nov).
Empat orang masih tertimbus dan pihak berkuasa tidak dapat menemui dua daripada mereka, menurut laporan itu, selepas kemudahan pemanasan yang tidak lagi beroperasi runtuh pada Khamis ketika para pekerja sedang merobohkan sebahagian daripada struktur keluli besar itu untuk bersiap sedia bagi kerja-kerja perobohan.
Pasukan bomba tidak segera menjawab kiriman mesej teks yang meminta komen.
Rakaman dari tempat kejadian di Ulsan di pantai tenggara Korea Selatan menunjukkan struktur tersebut musnah dan tumbang, dikelilingi oleh struktur-struktur serupa.
Pasukan-pasukan penyelamat telah menggunakan sensor haba, skop jarak jauh dan anjing penghidu untuk membantu operasi menyelamat dan mencari pekerja lain yang masih terperangkap, walaupun usaha mereka terhambat oleh risiko berlaku keruntuhan struktur selanjutnya.

Sumber : Reuters/AW/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.