Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan penyelamat Filipina kejar masa hulur bantuan kepada mangsa Taufan Rai

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelamat Filipina kejar masa hulur bantuan kepada mangsa Taufan Rai

Bangunan pasar yang musnah di pulau Siargao pada 17 Disember 2021 selepas Taufan Rai. (Gambar: Kate Hughes/AFP)

LOBOC: Pasukan-pasukan penyelamat sedang mengejar masa untuk menghantar bekalan makanan dan air minum ke pulau-pulau di Filipina yang dilanda taufan, sementara pertubuhan-pertubuhan amal merayu bantuan untuk membantu beribu-ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal angkara taufan tersebut. 

Sekurang-kurangnya 375 terkorban dan beratus-ratus yang lain cedera apabila Taufan Rai membadai wilayah-wilayah di selatan dan tengah Filipina, memusnahkan rumah-rumah kayu, menyebabkan sebilangan pokok tumbang dan memutuskan bekalan elektrik pulau-pulau tersebut. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan "kemusnahan yang sangat dahsyat" di kawasan-kawasan yang terjejas akibat Taufan Rai yang melanda negara itu pada Khamis (16 Dis).

Lebih 400,000 penduduk kini berlindung di pusat-pusat pemindahan sementara ataupun tinggal bersama saudara-mara mereka, menurut agensi bencana tempatan, selepas rumah-rumah mereka rosak bina akibat taufan paling dahsyat melanda Fipinan pada tahun ini.

Salah satu pulau yang terjejas teruk adalah Bohol, destinasi pelancongan yang popular di negara itu, di mana sekurang-kurangnya 94 orang terkorban, menurut kemas kini Gabenor wilayah itu Arthur Yap di laman Facebooknya. 

Pulau itu sudah pun diisytiharkan sebagai tempat bencana. 

Pulau-pulau Siargao, Dinagat dan Mindanao juga punah-ranah selepas dilanda taufan yang membadai pada kelajuan 195 kilometer sejam.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan