Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan pendakwaan, pembelaan kes Ahmad Zahid Hamidi kemuka hujahan lebih 1,200 muka surat

Pasukan pendakwaan dan pembelaan dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang membabitkan dana Yayasan Akalbudi menyerahkan lebih 1,200 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pendakwaan kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang akan didengar pada 5 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan pendakwaan, pembelaan kes Ahmad Zahid Hamidi kemuka hujahan lebih 1,200 muka surat

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Jul 2021 07:59PM Dikemas Kini : 02 Jul 2021 08:00PM

KUALA LUMPUR: Pasukan pendakwaan dan pembelaan dalam kes bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang membabitkan dana Yayasan Akalbudi menyerahkan lebih 1,200 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pendakwaan kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang akan didengar pada 5 Ogos.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran menyerahkan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis manakala pembelaan yang diketuai peguam Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan kira-kira 1,000 halaman.

Raja Rozela memberitahu Bernama, hujahan di akhir kes pendakwaan sepatutnya didengar sepanjang minggu ini namun ditangguhkan ke 5 Ogos berikutan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Tarikh hujahan ditetapkan pada 5, 6, 9, 11, 13 dan 24 Ogos 2021. Pihak kami mengemukakan kira-kira 200 muka surat hujahan bertulis pada pertengahan bulan Jun lepas,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Ketika dihubungi, Hisham mengesahkan mengenai tarikh hujahan dan memberitahu bahawa pihaknya sudahpun menyerahkan hujahan bertulis dan dokumen berkaitan kira-kira 1,000 muka surat kepada mahkamah pada 15 Jun lalu.

Dr Ahmad Zahid, 68 tahun, sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 21 Feb 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Ahmad Zahid untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan