Skip to main content

Dunia

Pasukan PBB sokong penyaluran bekalan makanan dari Hodeidah ke penduduk Yaman

Ketua Pasukan Awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan memantau gencatan senjata di Yaman, singgah di ibu kota Sanaa yang dikuasai pihak pemberontak Houthi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Dec 2018 09:56PM Dikemas Kini : 23 Dec 2018 10:07PM

ADEN: Ketua Pasukan Awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan memantau gencatan senjata di Yaman, singgah di ibu kota Sanaa yang dikuasai pihak pemberontak Houthi.

Jeneral Bersara Patrick Cammaert dari Belanda akan mengetuai sebuah jawatankuasa bersama termasuk anggota-anggota pemerintah Yaman dan pihak Houthi.

Jawatankuasa itu akan memantau pelaksanaan gencatan senjata di bandar pelabuhan Hodeidah.

Pelabuhan merupakan pintu masuk utama sebahagian barangan yang dikirim ke Yaman termasuk bantuan kemanusiaan.

Sejak gencatan senjata dikuatkuasakan Selasa lalu (18 Dis), kedua-dua pihak, Houthi dan tentera pemerintah Yaman menuduh satu sama lain cuba mencetuskan semula pertempuran.

Dianggarkan 10,000 orang terbunuh sejak perang di Yaman tercetus empat tahun lalu.

Pasukan pemantau PBB itu akan memberi sokongan menguruskan dan memeriksa pelabuhan Hodeida bagi menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada hampir 16 juta penduduk Yaman yang di ambang kebuluran.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita