Skip to main content

Dunia

Pasukan keselamatan Thailand tembak mati anggota kumpulan pemberontak

Pasukan keselamatan Thailand menembak mati seorang lelaki dalam insiden berbalas tembakan selama 30 minit dengan sekumpulan anggota bersenjata di Kampung Lalok, daerah Rusak, di Narathiwat pada Sabtu (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan keselamatan Thailand tembak mati anggota kumpulan pemberontak

Gambar hiasan. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 03 Mar 2019 03:58PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 05:22PM

NARATHIWAT: Pasukan keselamatan Thailand menembak mati seorang lelaki dalam insiden berbalas tembakan selama 30 minit dengan sekumpulan anggota bersenjata di Kampung Lalok, daerah Rusak, di Narathiwat pada Sabtu (2 Mac).

Pihak berkuasa keselamatan menerima maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata yang bersembunyi di kampung tersebut sejak Jumaat (1 Mac), sebelum lebih 50 anggota tentera berjaya mengepung kawasan itu pada lewat malam semalam (2 Mac).

Ketua Kompeni Renjer Ke-46, Kolonel Korakod Jarenrid, berkata kehadiran pasukan keselamatan itu bagaimanapun disedari oleh kumpulan itu pada pukul 7.00 pagi, sebelum berlakunya insiden berbalas tembakan.

Dalam kejadian itu, suspek Ismail Maweng, 29 tahun, ditemui maut selepas insiden berbalas tembakan itu berakhir. Dia dipercayai adalah anggota pemberontak Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Kolonel Jarenrid berkata pihaknya turut menjumpai selaras senapang M-16 dan bom buatan sendiri di tempat persembunyian kumpulan itu.

Beliau berkata tiada anggota pasukan keselamatan cedera dalam kejadian itu dan usaha memburu saki-baki anggota kumpulan berkenaan, yang dipercayai mengalami kecederaan, sedang diteruskan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita