Pasukan keselamatan Syria masuk Aleppo selepas bertempur dengan kumpulan Kurdi
Pasukan keselamatan Syria dikerahkan pada Sabtu (10 Jan) ke sebuah kawasan kejiranan di bandar utara Aleppo, selepas beberapa hari pertempuran sengit dengan kumpulan Kurdi yang mengorbankan dan mencederakan puluhan orang.
Anggaran Waktu Membaca:
ALEPPO: Pasukan keselamatan Syria dikerahkan pada Sabtu (10 Jan) ke sebuah kawasan kejiranan di bandar utara Aleppo, selepas beberapa hari pertempuran sengit dengan kumpulan Kurdi yang mengorbankan dan mencederakan puluhan orang.
Agensi berita negara Syria, SANA, melaporkan bahawa dua anggota kumpulan Kurdi meletupkan diri ketika dikepung pasukan keselamatan tanpa menyebabkan sebarang korban, dengan bunyi tembakan masih kedengaran di kawasan Sheikh Maqsoud sekitar tengah hari pada Sabtu.
Pada Sabtu petang, sebuah dron bermuatan bahan letupan menyasarkan bangunan Gabenor Aleppo tidak lama selepas dua menteri Kabinet dan seorang pegawai tempatan mengadakan sidang media berhubung perkembangan di bandar itu, menurut televisyen pemerintah. Tiada laporan segera mengenai korban kejadian tersebut.
Televisyen negara Syria menyiarkan rakaman yang dikatakan menunjukkan dron itu meletup di dalam bangunan, dan menyalahkan kumpulan Kurdi atas serangan tersebut. Pasukan utama yang diterajui kumpulan Kurdi di negara itu menafikan laporan berkenaan, dengan menyatakan bahawa para anggotanya tidak menyerang sasaran awam.
Sejak awal pagi, pasukan keselamatan Syria menjalankan operasi di kawasan tersebut selepas menggesa para penduduk supaya kekal di rumah demi keselamatan mereka.
Ratusan orang yang melarikan diri dari kawasan kejiranan itu beberapa hari lalu kini menunggu di pintu masuk Sheikh Maqsoud untuk dibenarkan masuk semula sebaik sahaja operasi ketenteraan tamat.
Pertempuran tercetus pada Selasa di kawasan kejiranan utara yang kebanyakannya didiami masyarakat Kurdi, Sheikh Maqsoud, Achrafieh dan Bani Zaid, selepas pemerintah dan Pasukan Demokratik Syria (SDF), pasukan utama yang diterajui kumpulan Kurdi di negara itu, gagal mencapai kemajuan berhubung cara untuk menggabungkan pasukan masing-masing ke dalam tentera negara. Sejak itu, pasukan keselamatan sudah menguasai Achrafieh dan Bani Zaid.
Lima hari pertempuran itu mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang. Pasukan Kurdi menyatakan sekurang-kurangnya 12 orang awam terbunuh di kawasan kejiranan dengan majoriti golongan Kurdi, manakala pegawai pemerintah melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh di kawasan sekitar yang dikuasai pemerintah.
Pertempuran tersebut turut menyebabkan lebih 140,000 orang dipindahkan.
Menteri Penerangan Syria, Hamza al-Mustafa, memberitahu televisyen negara bahawa kumpulan Kurdi menggunakan bangunan awam termasuk hospital dan klinik semasa pertempuran. Kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain sebagai yang memulakan keganasan serta dengan sengaja menyasarkan kawasan kejiranan awam dan prasarananya, termasuk pasukan ambulans dan hospital.
Pentadbiran Autonomi Demokratik Utara dan Timur Syria yang diterajui kumpulan Kurdi, yang menguasai sebahagian besar daripada timur laut Syria, menyatakan bahawa pasukan keselamatan menyasarkan Hospital Khaled Fajr di Sheikh Maqsoud, sekali gus membahayakan nyawa para pesakit dan petugas perubatan. Ia menggesa masyarakat antarabangsa supaya campur tangan bagi memaksa pasukan pemerintah menghentikan pengeboman.
Televisyen negara melaporkan sekurang-kurangnya seorang anggota pasukan keselamatan cedera apabila sebuah dron yang dilancarkan SDF membedil kawasan tersebut.
Wartawan Associated Press berkata bunyi tembakan dapat didengari apabila dron-dron yang dikerahkan pemerintah terbang di ruang udara Sheikh Maqsoud.
Tentera Syria mengisytiharkan kawasan kejiranan itu sebagai “zon ketenteraan tertutup” sejak Jumaat malam, sementara ia melancarkan satu “operasi pembersihan”.
Di Jordan, media negara melaporkan bahawa Menteri Luar Ayman Safadi membincangkan perkembangan di Syria dengan Wakil Khas Amerika Syarikat ke Syria, Tom Barrack, di Amman.
Jordan menawarkan sokongan kepada usaha yang bertujuan mengukuhkan gencatan senjata serta pengunduran secara aman bagi Kumpulan Kurdi dari Aleppo, menurut laporan media.

Sumber : AP/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.