Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan keselamatan Saudi berkas pengemis di Makkah, Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan keselamatan Saudi berkas pengemis di Makkah, Masjidil Haram

Gambar: Agensi berita/ Saudi Gazette

MAKKAH: Pihak berkuasa keselamatan di Makkah sudah memberkas beberapa penduduk dan pesalah yang didapati mengemis, termasuk dua di Masjidil Haram.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia sudah memberkas seorang penduduk warga India atas percubaannya untuk menarik simpati jemaah dengan mengemis di halaman Masjidil Haram, selain seorang pengunjung warga Maghribi yang mengemis di sebelah Masjidil Haram, lapor Saudi Gazette.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa senarai orang yang diberkas juga termasuk seorang pesalah warga Yaman yang menggunakan sepasang topang ketiak untuk memperdayakan orang ramai bahawa dia kurang upaya dan oleh itu perlu mengemis.

Tambah Saudi Gazette lagi, seorang individu juga ditangkap kerana meletakkan anak kecilnya di atas kerusi roda untuk mengemis.Ternyata, kanak-kanak itu berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik.

Arab Saudi juga sudah mula mengenakan sekatan yang ketat untuk menghalang aktiviti mengemis.

Ia sudah mula memberkas sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti mengemis, mengikut undang-undang antipengemis yang melarang aktiviti-aktiviti mengemis dalam segala bentuk dan yang dilakukan di negara itu.

Keselamatan Awam Arab Saudi sudah mengesahkan bahawa sesiapa yang ditangkap melakukan aktiviti mengemis, atau sesiapa sahaja yang menghasut, bersetuju dengan, membantu atau menguruskan pengemis dalam segala bentuk akan berdepan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, atau didenda tidak melebihi SR100,000 (S$36,639), atau kedua-duanya sekali, lapor Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan