Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan keselamatan Israel tembak mati lelaki Palestin yang cuba rempuh pegawai polis

Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang lelaki Palestin di sebuah pusat pemeriksaan di pinggir bandar Baitulmakdis pada Rabu (25 Nov) setelah dia didakwa cuba merempuh seorang pegawai polis sempadan, demikian menurut polis Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan keselamatan Israel tembak mati lelaki Palestin yang cuba rempuh pegawai polis

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 04:51PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 04:53PM

BAITULMAKDIS: Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang lelaki Palestin di sebuah pusat pemeriksaan di pinggir bandar Baitulmakdis pada Rabu (25 Nov) setelah dia didakwa cuba merempuh seorang pegawai polis sempadan, demikian menurut polis Israel.

Polis Israel menyatakan lelaki tersebut sebelum itu menimbulkan kecurigaan apabila dia mengemukakan dokumen pengenalan diri yang palsu.

Semasa diperiksa, dia mula memandu keretanya dengan laju dan melanggar seorang anggota polis.

Ia menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah kereta itu.

Lelaki tersebut cedera ditembak dan dibawa ke hospital berhampiran di mana dia meninggal dunia.

Polis tidak serta-merta menyifatkan kejadian itu - di pusat pemeriksaan Al-Zaim di Tebing Barat yang ditakluki, di bahagian timur Baitulmakdis - sebagai serangan pengganas.

Sumber : AFP/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan