Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan keselamatan Iran berkas pelajar di premis sekolah

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Pelajar Iran pada Ahad (9 Okt) ditahan di premis sekolah oleh pasukan keselamatan. 

Demikian menurut laporan The Guardian. 

Gambar ketibaan pasukan keselamatan di sekolah dalam van-van tanpa plat pendaftaran lesen tersebar di media sosial. 

Menteri Pendidikan Iran Mohammad Mahdi Kazem berkata pelajar yang terlibat dalam tunjuk perasaan tidak digantung, tetapi ibu bapa mereka dihubungi, menurut The Guardian. 

Pihak berkuasa juga menutup sekolah dan institusi pengajian tinggi di Kurdistan, Iran pada Ahad (10 Okt) sedang tunjuk perasaan menyusuli kematian Mahsa Amini memasuki minggu keempat. 

Hengaw, sebuah kumpulan hak asasi Iran yang berpangkalan di Norway, mengongsi rakaman video pelajar perempuan melaungkan: "Wanita, kehidupan, kebebasan," di sebuah sekolah di Saqqez, iaitu tempat asal Mahsa Amini di wilayah Kurdistan. 

Rakaman video dari bandar-bandar lain di merata Iran menunjukkan ratusan pelajar sekolah menengah dan universiti bersemuka dengan pasukan keselamatan yang dilengkapi dengan gas pemedih, belantan dan dalam kebanyakan kes, senjata, menurut kumpulan hak asasi tersebut. 

Namun, pihak berkuasa Iran menafikan bahawa peluru digunakan, lapor The Guardian.

"Sekurang-kurangnya 185 orang, termasuk sekitar 19 kanak-kanak, terkorban dalam tunjuk perasaan di serata Iran. Jumlah tertinggi korban jiwa adalah di wilayah Sistan dan Baluchistan, dengan separuh jumlah yang dicatatkan," menurut Hak Asasi Iran pada Sabtu (8 Okt). 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan