Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan Jepun tinggalkan bilik persalinan dengan begitu bersih, serta nota terima kasih

Anggaran Waktu Membaca:
QATAR: Sejak bermulanya Piala Dunia Qatar 2022, Jepun sering menjadi perbualan ramai bukan hanya disebabkan kehandalan bermain bola sepak, tetapi juga kerana sikap bertanggungjawab rakyatnya.

Selepas kemenangan 2-1 yang bersejarah ke atas Jerman semasa permainan pembukaan mereka pada Rabu (23 Nov), peminat Jepun dilihat membersihkan sekitar tempat duduk di dalam stadium.

Nampaknya pasukan Jepun juga memimpin dengan contoh. Dalam suatu hantaran di Twitter pada Khamis (24 Nov), FIFA berkongsi bahawa kumpulan tersebut meninggalkan bilik persalinan mereka dengan begitu bersih.

Mereka juga meninggalkan origami burung jenjang dan nota terima kasih yang ditulis dalam bahasa Jepun dan Arab.

Sekeping gambar menunjukkan tuala yang disusun rapi serta botol-botol yang digunakan dalam bilik persalinan mereka. Makanan di atas meja juga disusun dalam barisan yang kemas, menurut MustShareNews.

FIFA mengucapkan terima kasih kepada pasukan itu, di mana mereka menjawab dengan emoji kenyit mata dan emoji penyapu.
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan