Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan IMF kini di Colombo bagi rundingan selamatkan ekonomi Sri Lanka

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan IMF kini di Colombo bagi rundingan selamatkan ekonomi Sri Lanka

Gambar: ISHARA S. KODIKARA / AFP

COLOMBO: Sri Lanka hari ini (20 Jun) mula melaksanakan penutupan sekolah-sekolah dan semua perkhidmatan tidak penting pemerintah selama dua minggu.

Ini dilakukan dalam usaha menjimatkan penggunaan minyak petrol dan diesel sedang negara itu berdepan dengan krisis ekonomi, setelah kehabisan wang untuk membiayai pembelian bahan penting seperti minyak.

Langkah itu diambil sedang pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kini berada di Colombo bagi merundingkan program menyelamatkan ekonomi Sri Lanka.

IMF, yang akan berada selama sepuluh hari di Sri Lanka menyatakan, ini program ke 17 untuk menyelamatkan ekonomi Sri Lanka.

Colombo berharap, lawatan IMF itu akan dapat mempercepat pengagihan bantuan kepadanya, kerana rundingan sebegini lazimnya berjalan selama berbulan-bulan lamanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudahpun memberi amaran, Sri Lanka berpotensi terjerumus ke kancah krisis kemanusiaan sedang ia kini mengalami inflasi tinggi, mata wang yang semakin menurun, selain kekurangan kronik bekalan makanan, perubatan dan bahan pembakar.

Dalam pada itu Australia menyatakan akan menghulurkan AS$35 juta (S$48,552,875) kepada Sri Lanka.

Wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan makanan dan jagaan kesihatan.
Sumber : Agensi berita/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan