Pasukan guaman Maduro dijangka berhujah penahanannya langgar undang-undang antarabangsa
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dijangka membuat penampilan pertama di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York pada Isnin (5 Jan), selepas ditahan dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat yang dramatik hujung minggu lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dijangka membuat penampilan pertama di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York pada Isnin (5 Jan), selepas ditahan dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat yang dramatik hujung minggu lalu.
Menurut penganalisis undang-undang kanan CNN merangkap bekas pendakwa raya, Elie Honig, pasukan guaman Maduro berkemungkinan berhujah bahawa penahanannya melanggar undang-undang antarabangsa.
Dalam operasi ketenteraan berskala besar yang dilakukan pada waktu malam itu, anggota tentera Amerika Syarikat menahan Maduro dan isterinya, Cilia Flores, dari kediaman Presiden di Caracas sebelum diterbangkan ke New York.
Pasangan suami isteri itu kini berdepan pertuduhan konspirasi berhubung pengedaran dadah serta kesalahan berkaitan senjata.
Encik Honig menjelaskan, pasukan guaman Maduro dijangka mengemukakan hujah bahawa beliau mempunyai “kekebalan kedaulatan, bermakna tidak boleh didakwa atas tindakan yang dilakukan sebagai ketua negara asing.”
Bagaimanapun, Encik Honig mengakui, sukar untuk meramal bagaimana kes tersebut akan berjalan kerana “kita tidak pernah melihat situasi seperti ini sebelum ini.”
Beliau merujuk kes paling hampir sebagai kes mantan pemimpin Panama, Manuel Noriega, yang didakwa dan disabitkan kesalahan pengedaran dadah di Miami pada awal 1990an.
Noriega ketika itu mengemukakan hujah yang sama.
Namun, Encik Honig menjangkakan hakim tidak akan menggugurkan kes tersebut kerana wujud rujukan pada masa lalu, atau preseden, yang memberi kuasa kepada eksekutif untuk membuat keputusan berkaitan tindakan ketenteraan.
“Saya pernah berkhidmat di pejabat itu,” kata Encik Honig merujuk Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan New York.
“Ia mempunyai sejarah panjang dalam mengendalikan kes penjenayah, pengganas dan pengedar dadah paling terkenal di dunia," tambah beliau.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.