Pasukan bomba Australia siap sedia tangani 90 kebakaran belukar
Pasukan bomba Australia sedang bersiap untuk bertugas sepanjang musim Krismas ini untuk melawan sekitar 90 kebakaran belukar di wilayah New South Wales.
Asap dari kebakaran belukar di Bilpin, New South Wales, Australia. (Gambar: AAP Image/Dan Himbrechts melalui REUTERS)
NEW SOUTH WALES: Pasukan bomba Australia sedang bersiap untuk bertugas sepanjang musim Krismas ini untuk melawan sekitar 90 kebakaran belukar di wilayah New South Wales.
Cuaca panas dijangka berkurangan sedikit dalam masa beberapa hari akan datang.
Namun hujan, yang amat diperlukan untuk memadamkan kebakaran, dijangka hanya akan berlaku dalam masa beberapa minggu lagi.
Pada hujung minggu lalu, beribu-ribu orang penduduk New South Wales meninggalkan rumah-rumah mereka untuk ke tempat lebih selamat.
Beberapa orang maut dan lebih 700 rumah musnah sejak kebakaran belukar merebak di wilayah itu dan selatan Australia.
LEBIH SERIBU KOALA DIANGGAR MAUT
Sehubungan itu, pasukan bomba yang melawan api dekat bandar Adelaide, terserempak dengan beruang koala yang dahagakan air.
Selepas diberi air, koala-koala itu berlari masuk ke kawasan hutan yang tidak terbakar.
Lebih 1,000 koala dianggarkan mati sejak kebakaran belukar mula berlaku September lalu.
Para pakar mengatakan bencana tersebut telah menyebabkan spesies beruang koala kini hampir pupus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.