Pasukan bola sepak terperangkap dalam gua yang dilanda banjir di Thailand
"Pasukan itu menyelam sedalam 5 meter (16 kaki) dan mendapati sebuah ruang besar... bagaimanapun kami belum menemui kanak-kanak tersebut," menurut unit tentera laut tersebut di laman Facebooknya.

Gambar hiasan hujan. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)
BANGKOK: Pasukan mencari dan menyelamat di Thailand menjalankan operasi pada hari Isnin (25 Jun) bagi mencari 13 anggota pasukan bola sepak yang di bawah umur 16 tahun yang terperangkap dalam sebuah gua yang dilanda banjir di dalam sebuah gunung.
Basikal-basikal kepunyaan kanak-kanak tersebut dan but-but mereka ditemui di tempat masuk gua Tham Luang, di wilayah utara Chiang Rai, selepas mereka dilaporkan hilang lewat pada hari Sabtu (23 Jun).
Mereka dipercayai terperangkap kerana paras air meningkat dalam gua setelah berlakunya hujan lebat.
Pasukan tentera laut termasuk sebuah pasukan penyelam, sedang mencari sistem gua tersebut.
"Pasukan itu menyelam sedalam 5 meter (16 kaki) dan mendapati sebuah ruang besar... bagaimanapun kami belum menemui kanak-kanak tersebut," menurut unit tentera laut tersebut di laman Facebooknya.
Seorang komander angkatan laut yang bertugas menyelia operasi mencari dan menyelamat itu berkata bahawa beliau berasa yakin bahawa 12 kanak-kanak lelaki dan jurulatih mereka yang berusia 20 tahun akan dapat diselamatkan.
Para pelancong yang ingin meneroka gua itu seharusnya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Thailand kini mengalami musim hujan di mana, ruang-ruang seperti gua boleh dilanda banjir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.