Pasport Syed Saddiq dipulangkan sementara untuk ke Singapura, Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Facebook/Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Rabu (15 Mei) membenarkan permohonan Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya ke Singapura dan Taiwan.
Panel tiga hakim yang diketuai hakim Hadhariah Syed Ismail sebulat suara membenarkan pasport diserahkan sementara kepada Syed Saddiq mulai Rabu hingga 18 Jun.
Ketika ditanya hakim, timbalan pendakwa raya Mohd Afif Ali berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan, lapor Malaysiakini.
Panel yang dianggotai hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Azmi Ariffin itu turut membenarkan permohonan peguam Syed Saddiq Hisyam Teh Poh Teik supaya mahkamah rayuan mengeluarkan surat agar ketua pengarah Imigresen membenarkan perjalanan Syed Saddiq ke luar negara.
"Pasport itu akan dipulangkan pada atau selewat-lewatnya 18 Jun," kata Hadhariah.
Mahkamah sebelum ini menahan pasport Syed Saddiq, sementara menunggu rayuannya untuk membatalkan sabitan bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, penyelewengan dana dan pengubahan wang haram.
Pada 8 Mei, Bernama melaporkan Syed Saddiq memfailkan permohonan untuk mendapatkan sementara pasportnya supaya dia dapat menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan rakan karibnya di Singapura pada 18 Mei.
Dalam afidavit sokongan yang difailkannya, Syed Saddiq berkata dia berhasrat menerima jemputan George Yeo, yang juga mantan Menteri Ehwal Luar Singapura, kerana rakan karibnya itu sering memberi nasihat dan panduan kepadanya agar menjadi anggota politik berintegriti.
Syed Saddiq, 31 tahun, juga berkata dia dijemput sebagai salah seorang wakil Malaysia oleh Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei Di Malaysia untuk melawat Taiwan dari 10 Jun hingga 15 Jun.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.