Pasport baharu Malaysia akan dilengkapi 94 ciri keselamatan
Anggaran Waktu Membaca:
Pasport Malaysia (Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Pasport Malaysia Antarabangsa baharu yang dijadual dikeluarkan mulai 1 Jun depan, akan dilengkapi 94 ciri keselamatan bagi memastikan dokumen itu kekal selamat dan sukar dipalsukan.
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban, berkata dokumen terbabit akan dikeluarkan secara berperingkat di empat pejabat pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebagai permulaan.
"Pasport Malaysia Antarabangsa baharu ini dilengkapi ciri keselamatan yang ditambah baik.
"Sebelum ini pun sudah baik tetapi yang baharu ini, kita tambah baik dari segi ciri keselamatannya.
"Sebelum ini, ada 49 ciri keselamatan tetapi untuk pasport baharu ini, ia dipertingkatkan hampir sekali ganda kepada 94.
"Kita meningkatkan lagi ciri keselamatan supaya pasport ini lebih selamat dan lebih sukar untuk dipalsukan," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JIM yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa (19 Mei).
Mengulas lanjut ciri keselamatan baharu itu, Encik Zakaria berkata, pasport baharu antara lain akan dilengkapi elemen visual tersembunyi, hologram dan cetakan sinaran ultraungu (UV).
Selain itu, katanya, benang digunakan untuk menjahit buku pasport baharu itu turut memiliki ciri keselamatan khas, lapor Berita Harian Malaysia.
Sebagai permulaan, beliau berkata, pasport berkenaan akan dikeluarkan di Ibu Pejabat JIM di Menara Ikhlas, Pejabat Pasport Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Wangsa Maju, dan Pejabat Imigresen Shah Alam, Selangor.
"Yang lain akan menyusul selepas itu secara berperingkat, dan kita menjangkakan 'roll out' keseluruhannya di pejabat cawangan kita pada penghujung Julai depan," katanya, menurut laporan Berita Harian Malaysia.
Bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai supaya tidak tergesa-gesa menukar pasport baharu kerana dokumen sedia ada yang mempunyai tempoh sah lebih enam bulan masih boleh digunakan seperti biasa.
"Saya berharap orang ramai tidak berebut-rebut ke pejabat imigresen untuk mendapatkan pasport baharu. Saya mohon kerjasama semua rakyat Malaysia supaya memberi peluang untuk JIM 'roll out' secara berperingkat.
"Tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport lama anda jika tempoh sah belum tamat," katanya.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.