Pasca PRU15: Perbincangan khas antara Agong dengan Raja-Raja Melayu
Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan esok (24 Nov) bagi Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baru.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini (23 Nov) berkata Agong menitah demikian untuk Istana Negara menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu di Istana Negara esok.
“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini bertujuan untuk Agong mendapatkan pandangan Duli-Duli Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Agong menyeru agar seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baru selesai.
"Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat dan teliti," katanya.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.