Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasca PRU15: BN diwakili 3 pemimpin, GPS selesai menghadap Agong

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat meninggalkan Istana Negara selepas hampir 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak memberhentikan kenderaan dan memberikan sebarang kenyataan berikutan sesi berkenaan.

Mereka adalah Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Mohammad Hasan; serta Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir.

Pemimpin BN yang memasuki Istana Negara pada pukul 10.45 pagi dilihat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.25 pagi.

Setakat jam 12.00 tengah hari, Astro AWANI mendapati 27 Ahli BN yang lain belum tiba di Istana Negara.

Sementara itu, pemimpin GPS yang dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 11.00 pagi pula meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.50 pagi, lapor Astro AWANI.

Mereka adalah Fadillah Yusof; Alexander Nanta Linggi dan Richard Riot Jaem.

Memetik laporan Utusan Borneo, Encik Fadillah mengesahkan gabungan berkenaan kekal menyokong Perikatan Nasional (PN).

Istana Negara pada Selasa (22 Nov) menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula pukul 10.30 pagi pada Rabu.

Proses berkenaan bagi membolehkan Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan