Skip to main content

Dunia

Pasar raya Alor Setar sediakan ruang khas bagi bahan resipi Khairul Aming

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar raya Alor Setar sediakan ruang khas bagi bahan resipi Khairul Aming

(Gambar: Twitter/@neyrashazeyra/Instagram/@khairulaming)

ALOR SETAR: Perkongsian resipi harian oleh pempengaruh Khairul Aming pasti dinanti-nantikan ramai pengguna media sosial setiap bulan Ramadan.

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman malah biasanya memuat naik video-video tersebut pada tengah hari.

Ini sekali gus memberi pengguna media sosial masa dan peluang untuk mendapatkan bahan-bahan dan menyiapkan hidangan menjelang waktu berbuka.

Menariknya, pengaruh Khairul Aming begitu kuat sehinggakan sebuah pasar raya di Alor Setar, Kedah menyediakan ruang khas untuk para pelanggan yang ingin membeli bahan-bahan mengikut resipi Khairul Aming, lapor The Rakyat Post.

Gambar yang menunjukkan idea menarik oleh pasar raya berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@neyrashazeyra) dan mendapat perhatian ramai di media sosial.
Yang jelas, catatan yang dimuat naik ke laman Twitter itu mendapat reaksi positif daripada orang ramai kerana menganggap pihak pasar raya tersebut mengikut trend semasa, di mana netizen kini kerap mengikuti resipi Khairul Aming, menurut The Rakyat Post.

Malah cara itu juga memudahkan pelanggan dengan hanya perlu ke satu ruangan sahaja tanpa perlu tercari-cari bahan berbeza di ruangan yang lain.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita