Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan UK jumpa mainan Star Wars bernilai £400,000

Sepasang suami isteri warga Britain bagai mendapat durian runtuh apabila beg sampah milik jiran mereka yang ditinggalkan sebenarnya berisi koleksi mainan Star Wars bernilai £400,000 (S$708,000).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan UK jumpa mainan Star Wars bernilai £400,000

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Nov 2020 09:06PM Dikemas Kini : 06 Nov 2020 09:08PM

LONDON: Sepasang suami isteri warga Britain bagai mendapat durian runtuh apabila beg sampah milik jiran mereka yang ditinggalkan sebenarnya berisi koleksi mainan Star Wars bernilai £400,000 (S$708,000).

Pasangan dari Stourbridge, tengah England itu pada mulanya tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan patung dan kapal angkasa milik jiran mereka yang mengumpulnya sejak beberapa dekad, lapor akhbar The Times pada Khamis (5 Nov).

Oleh itu, anak lelaki pasangan tersebut menghubungi seorang pelelong, Chris Aston dari Aston's Auctioneers, yang menemui harta karun Star Wars itu termasuk patung watak filem cereka tersebut yang masih dibungkus dengan baik.

"Kebanyakan daripadanya kelihatan agak lusuh disebabkan oleh cara penyimpanannya tetapi secara umum, ia adalah koleksi Star Wars terbaik yang pernah saya lihat," kata Chris Aston dari Aston's Auctioneers, kepada The Times.

"Kami mempunyai ramai peminat di seluruh dunia dan mengharapkan jualannya berjalan dengan amat baik," tambah beliau.

Misalnya, tukul yang dikenali sebagai Star Destroyer Commander, salah satu daripada dua aksesori yang diketahui masih ada dalam bungkusan asalnya, dijual pada harga £32,500 (S$58,000) termasuk upah lelongan, lapor The Times.

Mainan Palitoy Jawa, juga masih dalam bungkusan asalnya dan dikatakan hanya terdapat 10 set sahaja di seluruh dunia, dijual pada harga £27,280 (S$48,000) termasuk upah lelongan.

Satu set koleksi lapan patung watak dari 'Return of the Jedi' yang berharga hanya £1.59 (S$2.80) setiap satu ketika mula dijual pada 1980-an kini bernilai £1,400 (S$2,500).

Sementara itu, topi Storm Trooper hingga kepada aksesori mata R2D2, yang menyimpan nostalgia dari salah satu francais filem terbesar di dunia itu, dijangka menarik harga lelongan yang tinggi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan