Pasangan suami isteri di Malaysia beli senjata api di Thailand, jual kepada lelaki Israel
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
KUALA LUMPUR: Beli senjata di Thailand sebelum dijual kepada lelaki warga Israel.
Itulah tindakan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun yang ditahan di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada jam 7.15, pada Jumaat malam (29 Mac).
Pasangan terbabit dipercayai bersekongkol dengan membekalkan senjata api kepada lelaki Israel berkenaan.
Sumber berkata, hasil soal siasat, pasangan berkenaan mengakui mereka membeli senjata di Thailand dan diserahkan kepada seorang lelaki warga asing dipercayai rakyat Israel itu, lapor agensi berita BH Online.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.
Menurutnya, siasatan lanjut masih berjalan di semua sudut bagi mengesan mereka yang terbabit dalam kes itu, lapor Harian Metro.
Sebelum ini, pasangan itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Sebaik ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, sebelum menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas di dalam Honda Jazz milik mereka.
Berdasarkan maklumat sumber, suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara itu menggunakan pasport Perancis, menurut BH Online.
Sebelum ini, polis turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara itu pada 12 Mac lalu.
Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama lelaki warga Israel terbabit memasuki negara ini, selain tujuannya memiliki enam pistol dan 200 butir peluru.
Pada Jumaat, tindakan seorang lelaki warga Israel menggunakan pasport negara Perancis untuk masuk ke ibu negara terbongkar selepas dia ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu masuk ke negara tersebut melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ketika ditahan, dia didapati memiliki enam senjata api bersama 200 butir peluru.
Pemeriksaan di bilik hotel menemukan semua senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.
Siasatan polis mendapati, semua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.