Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan Singapura ditahan di Johor bersama sejumlah dadah

Polis menahan sepasang kekasih warga Singapura dan merampas sejumlah dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga Perdana, Danga Bay, di sini, pada Isnin (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan Singapura ditahan di Johor bersama sejumlah dadah

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 15 Apr 2020 09:55AM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 10:00AM

JOHOR BAHRU: Polis menahan sepasang kekasih warga Singapura dan merampas sejumlah dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga Perdana, Danga Bay, di sini, pada Isnin (13 Apr).

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki berusia 25 tahun dan wanita berumur 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul 8.20 malam.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek memiliki dadah disyaki jenis pil ecstacy 1,009 biji dan syabu seberat empat gram yang bernilai RM40,960 (S$13,373),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu (14 Apr).

Turut disita dalam serbuan itu adalah sebuah kenderaan jenis BMW, barang kemas, wang tunai RM35,050 (S$11,000) dan S$20,516 dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah sekitar RM197,124 (S$64,000).

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Encik Ayob Khan berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Sumber : Bernama/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan