Pasangan SG rentung selepas Ferrari terbabas di Johor
(Gambar: Polis Diraja Kota Tinggi)
KOTA TINGGI: Pasangan rakyat Singapura rentung dalam kemalangan selepas kereta Ferrari dinaiki mereka terbabas di Kilometer 57.5 Jalan Johor Bahru-Mersing di Johor, pada pagi Sabtu (9 Mei).
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pemandu lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 33 tahun cedera parah pada bahagian badan dan terbakar serta maut di lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira 9 pagi.
“Mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing. Mayat kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan dan kes masih disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.