Pasangan Prabowo-Gibran disahkan menang 36 daripada 38 wilayah
Anggaran Waktu Membaca:
Gibran Rakabuming Raka (kiri) dan Prabowo Subianto (kanan). (Gambar: ADEK BERRY / AFP)
JAKARTA: Keputusan rasmi Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 dijangka diumumkan pada Rabu (20 Mac).
Yang pasti, pasangan calon presiden Prabowo Subianto dan gandingannya Gibran Rakabuming Raka, sedang jauh mendahului kiraan undi dan hampir menyapu bersih kesemua 38 wilayah.
Dari segi penguasaan wilayah, penguasaan pasangan Prabowo-Gibran hampir mutlak.
Mereka menang di 36 daripada 38 wilayah.
Jauh mengatasi pasangan Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar, yang hanya menang dua wilayah sahaja iaitu di Sumatera Barat dan Aceh.
Gandingan Ganjar Pranowo dan Mahfud MD gagal menang sebarang wilayah.
Secara keseluruhannya, pasangan Prabowo-Gibran mendapat lebih 96,000,000 undi atau hampir 60 peratus undi.
Jauh lebih tinggi berbanding pencabar terdekatnya iaitu pasangan Anies-Muhaimin, yang mendapat hampir 41,000,000 undi atau sekitar 24 peratus keseluruhan.
Pasangan Ganjar-Mahfud pula ketinggalan dengan sekitar 16 peratus undi menyokong atau 27,000,000 undi.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.