Skip to main content

Dunia

Pasangan pengantin ini basah kuyup selepas pelamin atas kolam renang runtuh

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang pengantin terjatuh ke dalam kolam renang selepas pentas yang dijadikan pelamin mereka runtuh.

Portal berita Wolipop melaporkan, video kejadian dimuat naik oleh jurusolek pengantin tersebut di akaun TikTok @fahmiirawan.
Orang ramai dilihat menyelamatkan pasangan pengantin yang terjatuh dari pentas yang dibina di atas sebuah kolam renang.

Portal berita Wolipop menghubungi jurusolek tersebut, Fahmi Irawan yang ketika itu berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, pasangan pengantin itu melangsungkan majlis perkahwinan bertemakan ‘underwater’ di Solo, wilayah Jawa Tengah pada 22 Disember lalu.

“Kejadian itu adalah kemalangan, Alhamdulillah tidak siapa yang cedera. Pengantin kemudian merakam gambar di dalam air ketika memakai busana lengkap,” katanya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita