Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan Orang Asli berjaya ditemui selepas lari elakkan saringan COVID-19

Pasangan suami isteri Orang Asli yang menghilangkan diri daripada menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, pada 4 Feb, akhirnya ditemui pada Sabtu (6 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan Orang Asli berjaya ditemui selepas lari elakkan saringan COVID-19

Ketua Polis Kelantan Encik Shafien Mamat.

Diterbitkan : 07 Feb 2021 04:27PM Dikemas Kini : 07 Feb 2021 05:00PM

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri Orang Asli yang menghilangkan diri daripada menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, pada 4 Feb, akhirnya ditemui pada Sabtu (6 Feb).

Ketua Polis Kelantan Encik Shafien Mamat berkata pasangan itu ditemui selepas para pegawai Balai Polis Laloh menerima maklumat daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai pasangan berkenaan, kira-kira pukul 5.30 petang.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggotanya berjaya mengesan dan menemui pasangan itu di sebuah pondok sekitar Sungai Sam, Gua Musang.

"Pasangan Orang Asli itu telah beri kerjasama yang baik kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke HSIP bagi menjalani ujian saringan COVID-19 seterusnya dan menjalani kuarantin sehingga keputusan ujian diperolehi," katanya dalam kenyataan hari ini (7 Feb).

Semalam, Bernama melaporkan pasangan suami isteri Orang Asli yang berasal dari Pos Tohoi, Gua Musang itu bertindak menghilangkan diri ketika ujian saringan COVID-19 dijalankan ke atas mereka pada Khamis lalu.

Difahamkan, ujian saringan itu perlu dijalankan selepas anak perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif COVID-19.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan