Pasangan M'sia rugi RM542,000 wang persaraan gara-gara pelaburan kripto tidak wujud
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
TELUK INTAN: Sepasang suami isteri berputih mata apabila wang simpanan termasuk dana persaraan melebihi setengah juta ringgit milik mereka lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan membabitkan pelaburan kripto yang tidak wujud.
Perkara itu terdedah selepas mangsa yang juga pesara kerajaan berusia lingkungan 70-an membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada petang Ahad (30 Jul) berhubung penipuan sindiket sejak Januari lalu.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan awal mendapati mangsa berhubung dengan pemilik laman Facebook Najwan Islamic berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pembelian saham mata wang kripto di Amerika Syarikat (AS) pada 8 Januari lalu.
"Sehari selepas itu, mangsa memulakan pelaburan dengan membeli dua unit saham bernilai RM500 (S$147) dengan memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan.
"Suspek menyatakan mangsa akan menerima pulangan pelaburan RM4,950 (S$1,452) dalam tempoh sehari iaitu pada hari sama," katanya, dipetik daripada BH Online.
Encik Mohd Yusri berkata, suspek juga memaklumkan jika mangsa tidak mengeluarkan wang berkenaan, keuntungan pelaburan akan semakin meningkat.
"Pada 10 Januari lalu, mangsa menghubungi suspek semula untuk bertanyakan berkaitan wang pelaburan dan diberitahu nilai keuntungan sudah mencecah RM18,500 (S$5,426).
"Bagaimanapun, mangsa diminta membuat pelbagai bayaran untuk mendapatkan keseluruhan hasil pelaburannya.
"Sepanjang tempoh Januari hingga Julai, mangsa melakukan 133 transaksi pindahan wang secara online ke 39 akaun bank tempatan membabitkan jumlah kerugian RM542,171.20 (S$158,965)," katanya, menurut BH Online.
Beliau berkata, dalam tempoh itu juga, mangsa tidak menerima sebarang bayaran daripada hasil pelaburannya yang mana wang itu adalah hasil simpanan mangsa, selain wang persaraannya bersama isteri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan, lapor BH Online.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.