Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan kekasih direman berhubung kes pembunuhan seorang kanak-kanak kurang upaya

Anggaran Waktu Membaca:
KUCHING: Pasangan kekasih direman tujuh hari bermula pada Khamis (5 Jan) bagi membantu siasatan kes pembunuhan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata perintah tahanan reman ke atas suspek wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada mangsa serta suspek lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bau.

Katanya kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Bedah siasat ke atas mangsa dilakukan pada Khamis dan kedua-dua suspek juga diambil darah untuk perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA) dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuching pada Jumaat (6 Jan).

Pada Khamis, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan OKU maut dipercayai dipukul oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian yang berlaku pada pertengahan Disember lepas.

Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan